Karya popular Marcus Tullius Cicero : Writings of Marcus Tullius Cicero
Friday, 2 September 2011
falsafah dan sastera
Antara tokoh falsafah Rom yang terkenal ialah Cicero. Beliau dilahirkan di Arpinum dan dibunuh di Formia ketika melarikan diri daripada musuh-musuh politiknya. "Bukannya tokok tambah", Taylor menulis (seperti yang disebut dalam "Rujukan"), "untuk mengatakan bahawa era kehidupan awam Rom yang paling cemerlang dibawa oleh Cicero dan tutup pada kematiannya — beliau berdiri di tempat bermulanya dan mengikut kereta jenazahnya." Tullii, keluarga Cicero, merupakan salah satu daripada ningrat tanah di Arpinum dan berasa geram terhadap kemasyhuran dan kekayaan keluarga Marii yang merupakan lagi sebuah keluarga Arpinum yang terutama. Sepanjang hayatnya, Cicero yang bersikap konservatif itu benci dibandingkan dengan Marius yang lebih masyhur. Nama "Cicero" berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk "kacang kuda." Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda. Sebenarnya (Plutarch meneruskan), Cicero didesak untuk menukarkan nama yang memalukan itu ketika beliau menyertai politik, tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Sunday, 28 August 2011
Ringkas pendidikan tamadun ROM
1. Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.
2. Peringkat awal banyak tiru Yunani. Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.
pendidikan
Pendidikan Tamadun ROM
Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:
a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)
b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)
a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)
b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)
Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah yang mendukung peranan sebagai institusi pendidikan. Kanak-kanak rata-ratanya dididik di rumah. Mereka belajar tentang mematuhi dan mencontohi orang tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan.
Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua Belas). Setiap kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan undang-undang itu dan pelajaran undang-undang itu menjadi asas bagi perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu pada peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga sebagai ‘Sekolah Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek. Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan pelajaran nahu Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin.
Pada zaman baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan, cara pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan dari kebudayaan Greek itu telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan Julius Ceasar) dan akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan dari pemerintah.
Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat umur 15 tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang belajar di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin bekerja sebagai peguam, ahli politik dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad di kalangan sedolongan kecil orang Rom sahaja. Selain dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu ditekankan di sini bahawa pada zaman republik Rom, kanak-kanak diajar membaca, menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa secara peribadi. Pengajaran membaca biasanya dipertanggungjawabkan kepada paedagogus (seorang hamba yang berfungsi sebagai pembimbing, penjaga dan hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka).
Secara keseluruhannya, pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran iaitu membaca, menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan Rom iaitu pada kurun Pertama Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah mengakibatkan kurang penekanan atau perhatian terhadap bidang pendidikan.

Friday, 26 August 2011
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Sistem Raja
- Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan).
- Masyarakat Latin telah bangun memberontak di bawah pimpinan golongan bangsawan yang digelar patrician.
Sistem Republik
- Bermula pada 509 sebelum masihi
- Tidak Beraja tetapi magamalkan prinsip demokrasi
- Struktur-struktur dalam sistem ini:
KONSUL
- Merupakan kuasa yang tertinggi dalam sistem ini
- Terdapat 2 orang konsul yang yang dialntik dan dibantu oleh dewan senat
- 2 orang konsul dilantik bertujuan menjamin kedaulatan dan kabajikan rakyat dan mengelakkan salah seorang daripada mereka lebih berkuasa
DEWAN SENAT
- Terdiri daripada dewan perhimpunan
- Sebelum manjadi konsul, ahli Dewan Senat mesti menjadi seorang praetor iaitu pemerintah tentera
- Dewan ini bertujuan membincangkan ha-hal pentadbiran negara dan menggubal perundangan
- Dewan ini diwakili oleh rakyat Rom
- Semua keputusan daripada Dewan Senat akan dihantar kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan
Diktator
- Akhirnya, sistem republik telah ditamatkan oleh Julius Caeser dan bermulanya zaman pemerintahan diktator
JULIUS CAESER
- Berjaya meluaskan empayar ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania, dan beberapa wilayah Jerman dengan menakluki wilayah-wilayah kecil
- Selapasan penyatuan, beliau membentukkan sistem pentadbiran pusat yang diketuai oleh seorang diktator yang digelar maharaja
- Berjaya menguasai tentera Senat dan Rom
- dilantik sebagai praetor pada 63 sebelum masihi, konsul pada 59 sebelum masihi
- terkenal dengan kata-kata saktinya : Veni, Vedi, Vinci yang bermaksud saya datang, saya lihat, saya takluk
- mengistiharkan diri sebagai diktator apabila mengalahkan Jeneral Pompey
- Gelaran maharajanya diteruskan oleh Augustus Caeser selepas kematiannya
AUGUSTUS CAESER
- Beliau berjaya membawa keamanan & keagungan kepada tamadun Rom selama 200 tahun
- Zaman kegemilangannya digelar sebagai Pax Romana / Keamanan Rom
- Empayarnya terdiri daripada 3 benua yang berpelbagaian bangsa iaitu di kawasan Asia, Eropah dan Afrika
Saturday, 20 August 2011
Perluasan kuasa
Bermula tahun 27 S.M.,iaitu zaman pemerintahan Augustus Caesar.
Beliau mengubah sistem republik menjadi sistem empayar.
Empayar Rom meliputi:
- Britain
- Sepanyol
- Kawasan Sungai Rhine
- Danube
- Laut Hitam
- Pergunungan Atlas
- Afrika Utara
- Macedonia
- Turki
- Palestin
Sudut Maklumat
Augustus Caesar
- Anak saudara Julius Caesar.
- Pengasas empayar Rom
- Memerintah seperti diktator
-setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony(bekas jeneral Augustus Caesar), yang bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam Peperangan Actium(31 S.M.).
Wednesday, 17 August 2011
Tamadun Rom
Tamadun Rom dilahirkan di kawasan Bukit Palatine, berhampiran dengan Sungai Tiber, Lembah Latin.
Didiami oleh Latin, Majlis pembandaran telah diwujudkan.
Peranan Majilis Pembandaran :-
- menjalankan pentadbiran tanpa diggangu oleh pentadbiran pusat di Rom
- membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar
perpustakaan, rumah ibadat, kedai pintu gerbang dan colloseum. Mempunyai penduduk seramai
50000 orang. Terdapat sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip. Bekalan air
diberikan sewaktu waktu aman dan peperangan, perindustrian dan pengangkutan.
COLLOSEUM- Binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom.
Labels:
Pengenalan
Tuesday, 16 August 2011
Perundangan Tamadun Rom
Tahukah anda siapa Maharaja Justinian?? Jika tidak..tak apalah,saya sekarang ingin memperkenalkan Maharaja Justinian dahulu. Maharaja Juatinian telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru, iaitu empayar Byzantine. Beliau telah menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M..
Antara sumbangan beliau termasuklah Kod Undang-Undang Rom. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada yang terlalu rumit, Maharaja Justinian telah mengumpulkan,menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut. Kod Undang-Undang Rom juga dikenali sebagai Undang-Undang Justinian.
Pada makluman anda, Undang-Undang Rom terdiri daripada 3 cabang:
Maharaja Justinian |

- Undang-undang sivil
- Undang-undang rakyat
- Undang-undang natural (natural law)
- Semua manusia sama di sisi undang-undang.
- Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
- Keadilan terhadap semua individu
- Hukuman berasaskan bukti yang cukup
Saturday, 13 August 2011
Info Istimewa : Cerita percintaan yang popular dalam Tamadun Rom
http://www.youtube.com/watch?v=UlLR-exXGug
Layarilah web yang telah disediakan untuk mendalami pengetahuan anda tentang Tamadun Rom dari aspek cerita percintaannya !
Subscribe to:
Posts (Atom)