Pendidikan Tamadun ROM
Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:
a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)
b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)

Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah yang mendukung peranan sebagai institusi pendidikan. Kanak-kanak rata-ratanya dididik di rumah. Mereka belajar tentang mematuhi dan mencontohi orang tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan.
Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua Belas). Setiap kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan undang-undang itu dan pelajaran undang-undang itu menjadi asas bagi perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu pada peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga sebagai ‘Sekolah Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek. Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan pelajaran nahu Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin.
Pada zaman baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan, cara pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan dari kebudayaan Greek itu telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan Julius Ceasar) dan akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan dari pemerintah.
Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat umur 15 tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang belajar di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin bekerja sebagai peguam, ahli politik dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad di kalangan sedolongan kecil orang Rom sahaja. Selain dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu ditekankan di sini bahawa pada zaman republik Rom, kanak-kanak diajar membaca, menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa secara peribadi. Pengajaran membaca biasanya dipertanggungjawabkan kepada paedagogus (seorang hamba yang berfungsi sebagai pembimbing, penjaga dan hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka).
Secara keseluruhannya, pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran iaitu membaca, menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan Rom iaitu pada kurun Pertama Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah mengakibatkan kurang penekanan atau perhatian terhadap bidang pendidikan.

No comments:
Post a Comment